Buletin

WRC 2024 – DEBARAN MENANTIKAN PERLUMBAAN TERAKHIR DI FORUM8 RALLY JAPAN

Perlumbaan FIA World Rally Championship (WRC) musim ini akan sampai ke kemuncaknya pada bulan hadapan untuk menghadapi perlumbaan terakhir musim ini di FORUM8 Rally Japan. Kejuaraan WRC untuk kategori Pemandu dan Pengeluar akan menjadi taruhan.

Pendahulu pungutan mata sejak sekian lama musim ini, Thierry Neuville mengatakan yang beliau tetap tenang menjelang perlumbaan terakhir yang akan menentukan nasibnya sama ada akan menjulang mahkota WRC di Jepun kelak.

Pemandu rali berasal dari Belgium ini sedang mendahului dengan kelebihan 25 mata di hadapan pesaing terdekat yang juga merupakan rakan sepasukan, Ott Tanak. Kejayaan mahkota WRC sepatutnya boleh diraih ketika beliau dilihat sedang mendahului perlumbaan di Central European Rally namun kesilapan yang dilakukan ketika peringkat ketiga pada hari Sabtu memusnahkan segalanya.

Sementara itu, pasukan Toyota Gazoo Racing pula tampak sedikit gembira dengan keputusan yang diraih ketika perlumbaan CER sebelum ini apatah lagi dengan prestasi yang dipamerkan pemandu Jepun Takamoto Katsuta.

Prinsipal Pasukan Jari-Matti Latvala juga memuji prestati yang dipamerkan pemandu dari Jepun itu. Takamoto Katsuta berjaya mengunggulli saingan ketika peringkat Super Sunday dan juga Power Wolf Stage.

Menurut Jari-Matti Latvala, “Ianya tidak mudah buat Takamoto Katsuta. Beliau telah tidak berlumba selama enam minggu. Beliau mengambil masa ini dan menggunakannya untuk set semula seperti di Chile. Apabila kembali, beliau memandu seperti apa yang kami mahukan.

Takamoto Katsuta kekal sebagai sebahagian daripada barisan pemandu untuk mengutip mata Pengeluar bagi pasukan Toyota untuk perlumbaan terakhir di bumi sendiri FORUM8 Rally Japan. Prestasi Takamoto Katsuta di Jepun 12 bulan yang lalu dilihat memberikan impak yang cukup menakjubkan buat pasukannya. Dan pastinya Takamoto Katsuta ditagih untuk terus mengutip mata bagi menghalang pasukan Hyundai Motorsport menjulang kejuaraan.

Sementara itu, kejuaraan WRC2 juga akan turut menjadi taruhan, membabitkan seteru diantara Oliver Solberg dan Sami Pajari. Walau pun Oliver Solberg kini dilihat berada dalam senarai pendahulu namun beliau tidak boleh beraksi di Jepun disebabkan kuota perlumbaannya sudah penuh untuk musim ini.

Sementara itu, Sami Pajari yang akan beraksi di Jepun dilihat turut berpeluang muncul sebagai pemenang sekiranya beliau berjaya menduduki setidaknya tempat kedua keseluruhan di Jepun kelak.

Bagi Oliver Solberg, beliau sudah melakukan yang terbaik musim ini dengan tiga kemenangan, dua tempat kedua dan juga tempat keempat sewaktu di Chile. Debaran menanti tepi garisan penamat kisahnya nanti.

BACA : WRC 2022 – APA YANG MENARIK TENTANG FORUM8 RALLY JAPAN

BACA : TAKAMOTO KATSUTA – MAMPUKAH BELIAU MENCABAR KEJUARAAN WRC MUSIM 2024 NANTI?

Google ads

B K

Back to top button