Artikel Pilihan

VW GOLF ICE AKAN KEKAL SEHINGGA 2035 – ADA MASA 10 TAHUN LAGI NI

Bila VW mendedahkan model konsep ID.2all pada tahun 2023 ia memberikan gambaran yang model EV VW Golf bakal diperkenalkan kepada dunia. Namun syukurlah kerana ia bukan bermakna berakhirnya hayat Golf berkuasa ICE. Menurut jurutera VW, model sedia ada sekarang akan terus dikekalkan sehingga 2035. Fuh sepuluh tahun je lagi boleh dengar deruman Golf GTI.

Perkara ini dijelaskan oleh Kai Grunitz, seorang jurutera VW dalam satu temubual bersama Top Gear NL. Beliau menyatakan Golf berkuasa ICE masih akan dikeluarkan sehingga 2035 walaupun mereka berhadapan dengan sekatan kenderaan berkuasa ICE yang bakal dikuatkuasakan oleh Kesatuan Eropah (EU).

VW baharu sahaja menaiktaraf penampilan Golf tahun ini tapi untuk memastikan ia kekal relevan sehingga sepuluh lagi mereka perlu berusaha dengan lebih keras. Sudah tentu rekaan Golf EV tidak akan sama dengan Golf sedia ada dan perlu lebih kreatif untuk memastikan DNA Golf asal masih ada.

Bukan sesuatu yang pelik kenapa VW masih mahu mengekalkan model ICE Golf ini. Permintaan pengguna terhadap model ICE masih lagi sangat rendah berbanding sasaran pengeluar termasuklah VW. Jadi dengan kata lain mereka mesti meneruskan pengeluaran model berkuasa ICE untuk meraih keuntungan jualan.

Ia disokong pula oleh angka jualan Golf yang naik sebanyak 43 peratus dalam suku pertama tahun ini berbanding tahun lepas. Fuh bukan sedikit kenaikan jualan tu.

Simpanlah duit sebanyak mungkin dalam masa beberapa tahun akan datang sebab selepas 2035 hanya Golf EV yang akan dipasarkan ke seluruh dunia. Macam mana nak tarik perhatian orang dengan Golf GTI EV malam-malam minggu kalau ekzos pun tak ada. Jem betul la.

Google ads
Back to top button