Artikel Pilihan

TOYOTA BAKAL BERGANDINGAN DENGAN MAZDA HASILKAN GR86 BAHARU – BIAR BETIK NI

Toyota Gazoo Racing mempunyai pelbagai produk untuk dipersembahkan kepada peminatnya. Mungkin ramai yang menyangka kemunculan kembali Celica dan MR2 akan menenggelamkan populariti GR86. Memang silap la sebab dengarnya mereka bakal memperkenalkan GR86 generasi baharu dan katanya pembangunannya sudah pun bermula.

Toyota 86 asal diperkenalkan pada penghujung 2011 sebelum digantikan oleh GR86 pada tahun 2020. Kalau dilihat pada garisan masa keduanya paling awal ia akan muncul pun kemungkinan besar pada 2027.

Berbeza dari generasi sebelum ini, GR86 akan dibangunkan sendiri secara dalaman oleh Toyota. Jadi tak ada la model kembarnya seperti sebelum ini. Tiada lagi Subaru BRZ la kot?

Ia satu langkah berani dari Gazoo Racing memandangkan mereka juga sedang sibuk dengan pembangunan beberapa model lain. Toyota dikatakan bakal membawa masuk beberapa orang jurutera dari Mazda untuk mengetuai projek GR86 ini.

Khabar angina tentang kemasukan jurutera Mazda ini datang daripada majalah Mag X, Jepun. Menurut sumber tersebut, GR86 generasi baharu akan menggunakan platform baharu yang lebih ringan tapi masih mengekalkan kedudukan enjin di hadapan dan pacuan belakang. Idea enjin ditengah memang tidak sesuai sebab ia sudah sinonim dengan MR2.

Berakhirnya kerjasama dengan Subaru bermakna mereka harus menggunakan enjin mereka sendiri. Kemungkinan besar enjin 1.6 liter tiga selinder turbo GR Yaris dan GR Corolla menjadi pilihan. Enjin ini yang dipamerkan di SEMA pada model GR86 Rally Legacy Concept memang bakal berikan saingan sengit kepada sports coupe generasi baharu.

Gambar-gambar render terbaharu pun belum ada. Cuma ada sekeping hasil imaginasi carscoops.com.

Kredit carscoops.com

Google ads
"
"
Back to top button