Artikel Pilihan

TAHUKAH ANDA PORSCHE PERNAH KEKALKAN REKOD NURBURGRING SELAMA 35 TAHUN – KALAH REKOD MENTAKAB ABANG

Litar Nurburgring memang popular sebab itulah pelekatnya berada di hampir semua jenis kereta walaupun ekzos pun dah keluar asap hijau. Porsche memang cukup sinonim dengan litar ini dan mereka pernah menguasai catatan terpantas litar ini selama 35 tahun. Ya 35 tahun tuan-tuan. Masa umur 35 tahun abang dah anak 3 dik.

Rekod tersebut dicipta oleh pemandu muda dari Jerman, Stefan Bellof yang berusia 25 tahun pada tahun 1983. Beliau merupakan salah seorang pelumba pasukan Porsche 956 bergandingan dengan Jacky Ickx, Jochen Mass dan Hans Japar. Maaf salah taip. Hans Stuck sebenarnya.

Ia berlaku pasa pusingan ketiga World Sportscar Championship 1983 yang diadakan di Nurburgring Nordschleife yang juga dikenali dengan nama The Ring ataupun Green Hell dengan ukuran panjang 12.9 batu dan lebih dari 170 selekoh. Ia memang menguji batasan pemandu dan jentera sehingga ke penghujung.

Ia merupakan zaman kemuncak Porsche 956 Group C dengan enjin berkuasa turbo 2.6 liter flat-six 620 hp yang mampu mencecah kelajuan 220mph (354kmj). Peraturannya juga cukup ketat dengan berat kereta mesti tidak melebihi 1767 puan, tangki minyak dengan kapasiti 26.5 gelen dan setiap kereta hanya dibenarkan mengisi minyak sebanyak 5 kali sepanjang perlumbaan 1000 kilometer.

Ia sedikit pun tidak menggugat Porsche dan jurutera mereka berjaya memerah sejumlah 620 hp daripada enjin tapi pada masa yang sama menjimatkan bahan api untuk bertahan sepanjang perlumbaan 1000 kilometer.

Stefan Bellof memandu Rothmans Porsche 956 dengan hasrat untuk merebut petak pertama. Sebaik berjaya memotong bekas juara Formula Satu, Keke Rosberg, Bellof memecut semakin laju mencelah-celah memotong kereta lain yang lebih perlahan.

Beliau turut terhalang oleh Porsche 911 dari kelas yang lebih rendah dalam satu masa namun sebaik menghabiskan pusingan, catatan masa dicatatkan beliau ialah 6:11.11 menjadikannya satu rekod pusingan Green Hell yang baru. Ada yang menyifatkan catatan ini sebagai satu keajaiban.

Ia satu rekod yang kekal selama 35 tahun dan hanya berjaya dipecahkan pada tahun 2019 oleh sebuah lagi jentera Porsche; 959 Evo yang sudah diubahsuai dengan kuasa melebihi 1,000hp dan 50 peratus lebih aerodinamik berbanding Porsche 919 yang berjaya memenangi Le Mans 2 Hour.

Google ads
Back to top button