SHELL BAKAL TUTUP LEBIH 1,000 STESEN MINYAK MENJELANG 2025, FOKUS TAMBAH STESEN PENGECASAN EV
Shell, sebagai peneroka bahan api fosil kedua terbesar di dunia, baru-baru ini mengumumkan pelan untuk menutup lebih dari 1,000 stesen minyak menjelang tahun 2025.
Walaupun jumlah ini mewakili kurang daripada 3 peratus daripada jumlah keseluruhan, langkah ini dianggap strategik dalam menangani permintaan yang semakin meningkat untuk stesen pengecas awam bagi kenderaan elektrik.
Dalam dokumen Strategi Peralihan Tenaga 2024, gergasi minyak dan gas berpangkalan di London itu menyatakan komitmen mereka untuk meningkatkan rangkaian runcit dengan pengecasan kenderaan elektrik serta tawaran kemudahan lebih baik bagi pelanggan.
Pada 2023, syarikat itu mempunyai 54,000 titik pengecasan di seluruh dunia, diharapkan meningkat kepada 70,000 pada 2025, dan mencapai 200,000 menjelang 2030.
Tambahnya lagi, kebanyakan stesen pengecasan Shell adalah terletak di China, selebihnya berada di Eropah dan Amerika Syarikat.
Hal ini selari dengan pertumbuhan pasaran kereta elektrik di mana bahagian jualan kereta elektrik telah meningkat secara signifikan, terutamanya di China, diikuti oleh Eropah dan Amerika Syarikat.
Selain itu, Shell juga merancang untuk memperluaskan operasi mereka dalam e-bahan api, termasuk biofuel berdasarkan tumbuhan dan bahan api hidrogen untuk industri penerbangan serta perkapalan.
Langkah-langkah ini menunjukkan perubahan strategik Shell dalam menghadapi cabaran dalam industri bahan api fosil dan keperluan akan tenaga lebih bersih, serta memberikan harapan untuk mengurangkan impak negatif ke atas alam sekitar.
- BACA: LOTUS CHAPMAN BESPOKE, KHIDMAT BUATAN KHAS KERETA LOTUS, MULA DI CHINA
- BACA: KIT HONDA ACCESS TOURING LINE DAN SPORTS LINE UNTUK ACCORD GENERASI KE-11
- BACA: HAVAL BIG DOG HI4 DIPERKENALKAN DI CHINA 25 MAC INI – JANA KUASA 372HP, HARGA MASIH RAHSIA
- BACA: KPDN SITA 268 UNIT HELMET TSR DENGAN TANDA SENI ‘ARAI’ DI PULAU PINANG