RENAULT CAPTUR 2025- LEBIH HENSEM DAN NAMPAK PREMIUM
Model Renault Captur ini merupakan sebuah model Segmen B yang cukup penting buat pengeluar dari Perancis. SUV ini diibaratkan voiture à vivre (kereta untuk kehidupan) atas faktor keupayaannya yang pelbagai dan juga versatil. Mana kan tidak, Renault Captur ini sudah terjual sejumlah lebih dua juta unit meliputi 90 buah negeri semenjak ianya diperkenalkan kepada umum 10 tahun yang lalu.
Dan kini pengeluar Perancis ini bersedia untuk meneruskan legasi SUV kompak milik mereka apabila memperkenalkan generasi baharu Renault Captur. SUV kompak serba baharu ini menggunakan bahasa reka bentuk terkini yang dimulakan oleh Gilles Vidal, Ketua Reka Bentuk Renault.
Bermain dengan cahaya dan jirim dengan garisan tegang dan perincian yang tepat, bahasa baharu mencipta kesan yang lebih bergaya dan dinamik. Paling penting, bahagian fascia hadapan telah menggunakan rekaan Renault yang baharu bagi menonjolkan imej yang lebih premium.
Bahagian hadapan kini kelihatan lebih elegan, lebih berteknologi, dengan logo Nouvel’R terbina pada gril pelbagai segi, dan bonet yang lebih tinggi dan mendatar. Semua butiran ini menggariskan identiti Captur baharu yang lebih kukuh.
Malah bahagian hadapan juga terdapat salur udara mendatar di atas pembahagi aerodinamik dengan satu lagi pada bahagian bampar. Dua salur masuk udara juga diletakkan pada kedua-dua belah hujung hadapan, bersebelahan dengan lampu DRL, yang akan menyumbang kepada aerodinamik dan juga penyejukan brek hadapan.
Pilihan warna yang ditawarkan kepada juga boleh tahan banyak. Daripada Pearl White, Oyster Grey, Starry Black, Gunmetal Grey, Iron Blue dan juga Flame Red yang turut didatangkan dengan pilihan dwi warna pada bahagian bumbung.
Tema bahagian kabin juga senada dengan luaran dengan ciri elegan dan premium turut cuba ditampilkan dengan penggunaan upholsteri mewah untuk tempat duduk. Sistem multimedia OpenR Link dan skrin papan pemuka baharu (sehingga 10.25 inci) untuk rasa dan rupa lebih premium yang tersedia dengan Android Auto dan Apple Car Play.
Skrin infohiburan pada konsol tengah bersaiz 10.4 inci ini dilengkapi dengan sistem Android Automotive 12 yang baharu. Walau pun ruang dalaman ianya dianggap kompak namun kedudukan kerusi belakang telah dianjakkan sedikit 16 cm bagi memberikan ruang kelegaan kaki kepada penumpang belakang.
Trenkuasa yang ditawarkan kepada pembeli meliputi enjin 1.0 TCE 90 bhp turbo – 160 Nm tork, (kotak gear manual), 1.3 TCE 140 bhp turbo hibrid ringan 48V – 260 Nm (kotak gear manua), 1.3 TCE 160 bhp turbo hibrid ringan 48V – 270 Nm (kotak gear auto EDC), 1.3 TCE 155 bhp turbo (tidak tersedia di semua negara) – 270 Nm tork (kotak gear auto), 1.0 TCE 100 bhp turbo – 160 Nm tork (170 Nm dengan LPG), 3-silinder dwi-bahan api petrol/LPG, dan juga model hibrid penuh 1.6L 145 bhp – 205 Nm (kotak gear auto)
Untuk memberikan sedikit pengalaman bunyi yang sedap di dengar, Captur baharu ini dilengkapi sistem pembesar suara daripada Harman Kardon termasuk sembilan pembesar suara (dua tweeter dan dua woofer di hadapan dan belakang serta subwoofer di ruangan kargo).
Dari segi ciri keselamatan, Captur ini dilengkapi dengan 28 ciri ADAS generasi baharu meliputi kepada tiga kategori: keselamatan, pemanduan dan tempat letak kereta.
Dengan reputasi yang dimiliki Captur sebelum ini, angka jualannya pasti terus meningkat lagi selepas ini kan?
BACA : RENAULT CAPTUR 2020 – SUV SEGAK SEGMEN B
BACA : MITSUBISHI ASX 2023 DIPERKENALKAN. MIRIP RENAULT CAPTUR, ADA VARIAN PHEV. MASUK MALAYSIA NANTI?