Motosikal

RASMI: APRILIA RS457 DILANCARKAN DI MALAYSIA – RM33,900

Aprilia Malaysia dengan rasminya melancarkan model serba baharu menerusi Aprilia RS457 untuk pasaran tempatan dengan harga jualan rasmi RM33,900. 

Selepas menunda tarikh pelancaran yang sepatutnya berlangsung 11 Oktober lalu, Didi Group selaku pengedar rasmi jenama Aprilia akhirnya memperkenalkan model ‘sportsbike’ terbaru itu untuk pasaran tempatan. 

Tiga warna ditawarkan untuk pasaran Malaysia menerusi Prismatic Dark, Racing Stripes dan Opalescent Light. 

Atas kertas, Aprilia RS 457 dikuasakan enjin dua silinder (parallel-twin) 457cc yang berupaya menjana 47hp dan 43.5Nm.  Aspek yang cukup mengagumkan adalah nisbah kuasa kepada berat ekoran hanya 158kg. 

Aprilia RS 457 juga tidak ketinggalan dari aspek elektronik yang merangkumi sistem Ride-by-Wire yang menawarkan tiga mod enjin yang mengawal aliran kuasa, tork dan ‘traction control’. 

Dibangunkan sepenuhnya di Noale, Itali, Aprilia menyifatkan RS 457 sebagai pengisi jurang antara RS 125 dan RS 660 sekaligus menyempurnakan barisan keluarga RS termasuk RSV4 dan jentera MotoGP RS-GP. 

Selain itu, RS 457 ini juga datang dengan pencahayaan LED penuh termasuk lampu nyalaan siang (DRL). Juga tidak ketinggalan, panel meter TFT 5-inci. 

Pakej suspensi pula terdiri daripada fork 41mm depan dengan jarak pergerakan 120mm dan monoshock belakang yang dipadankan bersama ‘swingarm’ keluli yang menawarkan jarak pergerakan 130mm.

Sistem brek pula terdiri daripada brek ByBre 4-pot dengan cakera 320mm depan dan 220mm belakang. ABS dwi-saluran pula memastikan operasi brek lebih baik dalam pelbagai keadaan jalan. 

GALERI: APRILIA RS457 2024

Google ads
Back to top button