NISSAN X-TRAIL 90TH ANNIVERSARY DIPERKENAL DI JEPUN, X-TRAIL AUTECH PUN ADA!
Sempena ulang tahun penubuhan ke-90, Nissan memperkenalkan X-Trail 90th Anniversary untuk pelanggan di Jepun.
Pengenalan tersebut serentak dengan X-Trail, X-Trail Autech dan X-Trail Extremer yang dipertingkatkan.
Perubahan yang dilakukan tidak besar dengan kesemua varian X-Trail dilengkapi Intelligent Around View Monitor (dengan fungsi pengesanan pergerakan objek) dan Intelligent Rearview Mirror.
Nissan telah menambah baik kegunaan dengan memaparkan gambar dari Intelligent Around View Monitor ke dalam sistem navigasi dan juga audio.
Sistem navigasi NissanConnect kini dilengkapi terminal HDMI. Nissan juga menawarkan pelbagai pilihan perkakasan untuk X-Trail G seperti kerusi balutan Nappa hitam dan tambahan kepada kulit perang.
X-Trail 90th Anniversary kelihatan istimewa dengan perkakasan warna gangsa seperti rel bumbung, jaluran bingkai jeriji dan jaluran pada cermin sisi hitam.
Turut dilengkapi rim aluminium 18 inci warna hitam dan pintu but kawalan jauh sebagai ciri asas. Kerusi menggunakan balutan TailorFit™ (kulit tiruan) dengan sulaman warna gangsa.
Selain aksesori kilang, Nissan turut menyediakan pakej aksesori pengedar seperti grafik badan warna tembaga, karpet, visor tingkap dan bingkai plet pendaftaran yang menampilkan logo khas.
Pelanggan juga boleh memilih X-Trail 90th Anniversary dengan dua atau tiga baris tempat duduk. X-Trail pacuan dua roda (2WD) hanya ditawarkan dalam dua baris tempat duduk.
X-Trail Autech yang tampil sporti dan X-Trail Extremer dengan gaya lasak turut menerima terminal HDMI pada sistem navigasi NissanConnect.
X-Trail pasaran Jepun digerakkan rangkaian kuasa e-POWER iaitu gabungan enjin KR15DDT-BM46 1.5 liter VC-Turbo tiga silinder dan motor elektrik.
Enjin hanya berperanan sebagai penjana yang membekalkan tenaga elektrik dan roda dipacu motor elektrik. Pelanggan mempunyai pilihan 2WD atau empat roda e-4ORCE.
Enjin petrol menghasilkan 144 ps dari 4,400 sehingga 5,000 rpm dan tork 250Nm dari 2,400 sehingga 4,000 rpm.
Motor depan BM46 memiliki kuasa 150kW (204 ps) dari 4,739 sehingga 5,623 rpm. Model e-4ORCE berbeza dengan 150kW dari 4,501 sehingga 7,422 rpm.
Motor belakang MM48 pula menghasilkan 100kW (136 ps) dari 4,897 sehingga 9,504 rpm dan tork 195Nm dari 0 sehingga 4,897 rpm.
Berbeza dengan yang lain, X-Trail Xtremer hanya ditawarkan dalam varian e-4ORCE.
Harga Nissan X-Trail 2024:
- X-Trail: 3,601,400 yen (RM108,507) – 4,271,300 yen (RM128,664)
- X-Trail 90th Anniversary: 4,343,900 yen (RM130,856) – 4,474,800 yen (RM134,800)
- X-Trail Autech: 4,579,300 yen (RM137,948) – 5,332,800 yen (RM160,646)
- X-Trail Extremer: 4,492,400 yen (RM135,330) – 4,623,300 yen (RM139,263)
Nissan X-Trail 90th Anniversary:
Nisssan X-Trail Autech:
Nisssan X-Trail dan Xtremer 2024: