MCLAREN ARTURA SPIDER DILANCARKAN: JANA 700HP, HARGA BERMULA RM3.4 JUTA
McLaren Kuala Lumpur secara rasmi melancarkan model terbarunya, Artura Spider, menandakan satu pencapaian penting sebagai model High-Performance Hybrid (HPH) convertible pertama jenama tersebut.
Tambahan baru ini bukan sahaja versi bumbung terbuka bagi Artura, tetapi juga memperkenalkan pelbagai peningkatan, sekaligus menetapkan standard baharu dalam segmen supercar.
Artura Spider versi coupe yang kini ditetapkan sebagai model tahun 2025, hadir dengan trenkuasa lebih berkuasa.
Dari segi reka bentuk, Artura Spider mengekalkan gaya tersendiri McLaren, dicirikan oleh kecekapan aerodinamik.
Di bahagian dalam, ia tampil dengan stereng minimalis, dan instrumen digital yang disesuaikan bersama ruangan stereng serta dilengkapi sistem infotainment, mendapat ketersambungan Apple CarPlay, pengecasan tanpa wayar.
Kelengkapan lain termasuklah sistem bantuan pemandu canggih (ADAS), termasuk Pemantauan Titik Buta dan Pengesanan Lalu Lintas Melintang.
Artura Spider juga mendapat manfaat daripada McLaren Carbon Lightweight Architecture (MCLA), yang membentuk rangka utama kereta ini.
Bumbung keras boleh tarik (RHT) yang hanya menambah 136 lbs kepada berat keseluruhan kereta ini, beroperasi dalam masa pantas 11 saat dan boleh digunakan pada kelajuan sehingga 50 km/j.
Reka bentuk bumbung ini, yang digabungkan dengan sistem pengurusan aerothermal baharu, mengoptimumkan aliran udara, meningkatkan penyejukan, serta mengurangkan gegaran kabin.
McLaren turut memperkenalkan ciri-ciri baharu untuk meningkatkan pengalaman pemanduan. Kalibrasi transmisi yang disemak semula kini menawarkan penukaran gear 25 peratus lebih pantas.
Selain itu, sistem suspensi Proactive Damping Control kenderaan telah ditala semula untuk masa tindak balas yang lebih cepat, meningkatkan keyakinan dan ketangkasan pemandu.
Dari segi brek, Artura Spider dilengkapi dengan cakera seramik karbon dan angkup aluminium ringan, direka untuk mengekalkan konsistensi pada kelajuan tinggi.
Bukan itu sahaja, salur penyejuk brek yang baharu meningkatkan lagi pengurusan haba, faktor penting bagi penggemar litar.
Beralih pada kuasa, enjin 3.0 liter V6 yang digandingkan dengan motor elektrik menghasilkan output gabungan sebanyak 700hp dan tork 720Nm.
Enjin berkenaan dipadankan dengan motor elektrik yang diletakkan di dalam kotak gear, menghasilkan 95hp dan 225Nm.
Melalui bateri berkapasiti 7.4kWh, ia menawarkan jarak gerak elektrik sejauh 33km.
Artura Spider mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa hanya 3.0 saat, mencapai 200 km/j dalam 8.4 saat, dan mencapai kelajuan maksimum 330 km/j.
Untuk harga, McLaren Artura Spider kini diberi tanda harga bermula RM3.4 juta (termasuk cukai), tidak termasuk pelbagai pilihan penyesuaian.
GALERI:
- BACA: FOTO INTIP: LEAPMOTOR C10 DIUJI DI MALAYSIA, BAKAL DILANCARKAN TAK LAMA LAGI
- BACA: DUA PENJENAYAH LARIKAN DIRI LEBIH 2OKM DITAHAN POLIS
- BACA: HULALA BIKE FIESTA KEMBALI SEPTEMBER INI DENGAN LEBIH BANYAK PROMOSI ISTIMEWA
- BACA: MERCEDES-AMG GT3 EDITION 130Y MOTORSPORT, 13 BUAH TANPA HOMOLOGASI, HAMPIR RM5 JUTA!