Buletin

MASALAH PERISIAN, TESLA PERLU BAIKI LEBIH 1.2 JUTA UNIT EV DI CHINA

Tesla akan membaiki lebih daripada 1.2 juta kenderaan elektrik (EV) di China untuk menangani isu perisian yang menimbulkan kebimbangan keselamatan.

Langkah ini melibatkan model yang diimport seperti Model S dan Model X, serta Model 3 dan Model Y yang dipasang di China.

Masalah yang dikenal pasti termasuklah kegagalan kamera pandang belakang dan isu berkaitan stereng.

Menurut laporan, Tesla merancang untuk menyelesaikan masalah ini melalui kemas kini perisian over-the-air tanpa kos kepada pemilik kenderaan.

Berdasarkan rekod, ini merupakan penarikan balik utama kedua oleh Tesla di China, selepas penarikan balik 1.6 juta kenderaan pada Januari tahun sebelumnya disebabkan oleh isu ciri bantuan pemandu.

Penarikan balik terbaru ini berlaku di tengah persaingan sengit dengan pengeluar EV tempatan seperti BYD, yang kini mendahului pasaran EV di China.

Selain Tesla, pengeluar kenderaan lain juga mengumumkan penarikan balik di China. Xiaomi akan menarik balik 30,931 kenderaan kerana isu perisian bantuan parkir, manakala BYD akan menarik balik 6,843 SUV disebabkan risiko kebakaran.

Selain itu, usaha sama Honda di China akan menarik balik 1.37 juta kenderaan bermula 28 Februari.

Google ads
Back to top button