Artikel Pilihan

KENAPA EV TAK LAKU DI PASARAN TERPAKAI?

Pada awal pengenalan Tesla beberapa taun lepas, ia dianggap sebagai simbol kejayaan dan kekayaan yang baru menyebabkan Tesla menjadi buruan di pasaran kenderaan Recondition. Harganya pernah melambung kepada RM 400,000 seunit 2 3 tahun lepas disebabkan permintaan yang tinggi berbanding dengan pembekalan

Fear of missing out ataupun FOMO di kalangan pengguna awal ataupun early adaptors satu ketika dulu juga melonjakkan harga Tesla di pasaran unit recondition. Namun berdasarkan makluman terkini, kebanyakan kereta elektrik tidak dapat dijual semula dengan harga yang tinggi di pasaran kenderaan terpakai

kami cuba merungkai sebab utama kenapa kereta elektrik ini gagal mencapai harga jualan semula yang memuaskan hati pemilik. Antaranya ialah:

1. Tiada pengalaman untuk menilai kereta elektrik terpakai – kereta elektrik boleh diibaratkan sebagai sebuah komputer bergerak disebabkan penggunaan perkakasan elektronik yang disokong dengan perisian yang tersendiri untuk bergerak

Berbeza dengan kereta yang menggunakan enjin dan bergerak dengan operasi mekanikal, penjual kenderaan terpakai sudahpun memiliki pengalaman, peralatan dan pengetahuan yang cukup untuk menilai kereta yang menggunakan enjin.

Bagi penjual kereta terpakai, mereka tidak berani mengambil risiko untuk menilai bateri kereta elektrik yang keadaannya bergantung pada cara pemanduan, cara pengecasan, kepanasan melampau dan memerlukan peralatan khas untuk menilai SOC (state of charge).

2. Kos tersembunyi – pembeli perlu memasang sistem pengecasan AC atau tahap 2 di kediaman masing-masing untuk pengecasan. Sekiranya sistem bekalan elektrik dan pendawaian tidak sesuai, pembeli perlu menaiktaraf sistem bekalan elektrik di rumah

Sebagai contoh, sistem pendawaian single phase akan menghadkan pengecas AC kepada 7kW manakala penggunaan sistem tri-phase boleh meningkatkan kuasa elektrik kepada 11kW. Harga pengecas AC pula dijual dengan harga sekitar RM 3000 ke RM 5000 sebelum mengambil kira kos pemasangan

Bakal pembeli juga sukar untuk bertukar “habit” pengecasan yang mengambil masa sekitar 30 minit untuk memenuhkan bateri dari 10% ke 80% sedangkan sebelum ini mereka hanya memerlukan masa 5 minit sahaja untuk mengisi petrol.

3. Teknologi bergerak terlalu laju – sepertimana perkembangan telefon pintar, teknologi kereta elektrik bergerak terlalu pantas. Dari segi platform, ia berkembang daripada 400volt kepada 800 volt. Sistem DCFC pula boleh menerima sehingga 350kW pada hari ini berbanding 80kW satu ketika dulu

Membeli kereta elektrik terpakai membuatkan pembeli terpaksa berpuas hati dengan teknologi lama yang mengambil masa yang lebih lama untuk mengecas

4. Kos bateri – walaupun jarang sekali untuk didengari, namun kos penukaran pek bateri kadang kala membuatkan pembeli unit terpakai berasa takut bagi membeli kereta elektrik terpakai. Mereka dimomokkan yang harga bateri yang mahal walaupun itulah realitinya

Keadaan ini bertambah buruk apabila buat masa ini bakal pembeli tiada akses untuk pemeriksaan kereta elektrik secara menyeluruh bagi memeriksa keadaan bateri kereta elektrik terpakai yang ingin dibeli. Bagi mengelakkan risiko, lebih baik mereka elakkan daripada membeli kereta elektrik

Buat masa ini, kos bateri merangkumi antara 40-50% harga kereta elektrik. Sekiranya pemilik asal tidak menjaga kereta elektrik dengan baik, SOC (State of Charge) bateri akan merosot dengan cepat. Bayangkan anda beli kereta biasa tapi tangki petrol kereta semakin mengecil disebabkan kecuaian pemilik asal

5. Perisian kereta elektrik – merupakan perisian yang mengawal perkakasan kereta elektrik seperti bateri, on board charger, inverter, sistem ADAS dan juga motor elektrik. Model baru yang terkini akan datang dengan perisian yang terbaru, menawarkan ciri yang lebih baik dan juga jarak perjalanan yang lebih jauh

Sesetengah model datang dengan ciri Over The Air Update (OTA) yang membolehkan kereta elektrik menerima kemaskini perisian yang terbaru. Namun kadangkala OTA ini perlu dibeli dan dilanggan dan kereta elektrik terpakai tidak dikemaskini dengan kerap oleh pemilik asal.

Google ads
Back to top button