KEMAS KINI: CFMOTO 675SR-R TAWAR 95HP, 70NM – HANYA 175KG
Kami mengikuti rapat perkembangan motosikal CFMOTO ekoran kami berasakan motosikal dari China itu antara jenama yang berjaya menempatkan diri dikalangan pemain besar pasaran motosikal dunia.
Terbaru, kami mengikuti rapat perkembangan model 675SR-R yang merupakan model serba baharu yang bakal menembusi pasaran dunia termasuk Malaysia.
Awalnya, CFMOTO hanya mendedahkan bahawa jentera is 675SR-R itu akan dikuasakan platform tiga silinder 674cc dengan 72mm bore dan 55mm stroke.
Bagaimanapun, ketika CFMOTO DAY yang berlangsung baru-baru ini di Litar Antarabangsa Zhejiang, jenama motosikal China itu memaklumkan bahawa jentera tiga silinder itu berupaya menghasilkan 95hp dan 70Nm. Lebih menarik, CFMOTO mendakwa 675SR-R hanyalah 175kg.
Sementara itu, CFMOTO memaklumkan bahawa 675SR-R ini mengguna pakai tayar yang dibekalkan jenama CST. Difahamkan, tayar tersebut dibangunkan bersama CFMOTO agar sesuai dengan jentera berkenaan.
Selain itu, perincian lain yang telah pun dikenal pasti lebih awal termasuk fork depan boleh laras sepenuhnya dari KYB, swingarm aluminium, panel meter TFT, ABS, traction control dan ‘quickshifter’.
CFMOTO dijangka akan memperkenalkan 675SR-R secara rasmi tidak lama lagi.