HYUNDAI ELENTRA TERBAKAR, MENGUNDUR LANGGAR VELLFIRE DI GENTING HIGHLANDS
Pengunjung ke Genting Highlands, khususnya pengguna jalan raya gempar selepas sebuah Hyundai Elantra dilaporkan terbakar dan mengelungsur menuruni jalan berbukit di Kilometer 2.9 Jalan Genting Highlands semalam.
Berdasarkan satu rakaman video yang tular di aplikasi TikTok berdurasi 0.27 saat, Elantra berwarna putih terbakar pada bahagian enjin sebelum mengundur ke belakang dan melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna, Toyota Vellfire sebelum terhenti.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, kejadian kira-kira pukul 1.44 tengah hari itu menyebabkan kereta berkenaan terbakar 80 peratus.
“Dalam kejadian itu kereta berkenaan yang terbakar mengelungsur ke kilometer 3.0 Jalan Genting dengan api yang marak. Punca kebakaran masih lagi dalam siasatan forensik JBPM,”katanya.
Menurut Ismail, dua jentera bersama lima anggota bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan. Pihak bomba menggunakan satu aliran salur bantu bagi memadam kebakaran kereta berkenaan. – KOSMO! ONLINE
- BACA: TOYOTA GIAT BANGUNKAN BATERI EV. 500KM SEKALI CAJ, PENUH DALAM MASA 10 MINIT, TIADA RISIKO TERBAKAR
- BACA: KEPULAN ASAP TEBAL DIRAKAM SATELIT. TAPAK PELUPUSAN TAYAR TERBESAR DI DUNIA TERBAKAR
- BACA: TIGA MAUT AKIBAT HR-V TERBAKAR DISYAKI TERLIBAT DALAM KES SAMUN
- BACA: PERODUA KANCIL TERBAKAR DI STESEN MINYAK PETRONAS DISYAKI ADA KAITAN DENGAN AKTIVITI PENYELUDUPAN