Buletin

HISPANO SUIZA CARMEN SAGRERA – SIMBOL LEGASI 120 TAHUN

Hispano Suiza telah melancarkan secara rasmi Carmen Sagrera, model ketiga dalam rangkaian hypercar elektriknya sekali gus meraikan ulang tahun ke-120 jenama dari Sepanyol itu. Hypercar baharu ini menampilkan reka bentuk yang dikemas kini, prestasi yang dipertingkatkan dan juga penggunaan bateri 103 kWj baharu.

Model baharu itu telah dipertontonkan di Finca Mas Solers bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-120 Hispano Suiza. Pada Acara itu juga telah menghimpunkan tenaga kerja Hispano Suiza, media, duta, pelanggan dan juga rakan jenama tersebut.

Menurut Miguel Suqué, Presiden Hispano Suiza, “Tidak dinafikan kami masih mengekalkan semangat perintis yang menjadi ciri moyang saya Damiàn Mateu dan rakannya yang tidak dapat dipisahkan serta rakan kongsi perniagaan Marc Birkigt 120 tahun lalu. Ini adalah kisah orang, kereta, dan nombor, sudah tentu. Tetapi yang paling penting, ia adalah mengenai orang yang bekerja sebagai satu pasukan dan menyukai projek yang unik dan mencabar—projek yang mempunyai jiwa yang kuat.”

Mengenai Hispano Suiza Carmen Sagrera, ianya menggabungkan bateri generasi kedua jenama itu, dengan jumlah kapasiti 103 kWj. Menurut Pengarah Teknikal Hispana Suiza, Juan Fernández, teknologi bateri ini telah dibangunkan dan dihasilkan 100% di kemudahan Hispano Suiza di Montmeló, Barcelona.

Kapasiti bateri telah ditingkatkan daripada 80 kWj kepada 103 kWj, meningkatkan ketumpatan tenaga dengan membenarkan lebih banyak tenaga disimpan dalam volum yang sama. Peningkatan ini memanjangkan jarak pemanduan kira-kira 100 km, menjadikan jarak keseluruhan kepada 480 km mengikut kitaran WLTP.

Sebagai tambahan kepada sel baharu, Carmen Sagrera ini turut menampilkan sistem penyejukan yang dipertingkatkan tetapi lebih ringan, kurang kompleks dan diperbuat daripada bahan yang lebih mampan. Menurut Juan Fernández lagi, “Ini menghasilkan kawalan suhu yang lebih berkesan dan penggunaan tenaga yang lebih rendah. Kedudukan bateri di bahagian tengah berbentuk T juga meningkatkan pengagihan berat kereta serta prestasi yang dinamik.”

Carmen Sagrera ini menampilkan empat motor 205 kW (sekitar 275 HP), memberikan gabungan output kuasa 1,100 HP dan 1,160 Nm tork, dengan tempoh masa diambil dari 0 hingga 100 km/j hanya 2.6 saat sahaja.

Model hypercar ini juga menggunakan tayar Michelin Pilot Sport 4S yang dibangunakan khusus bagi memberikan lebih rasa eksklusif terhadap Carmen Sagrera ini. Manakala untuk sistem suspensi, ianya menggunakan jenis berprestasi ala kereta lumba untuk memberikan dinamik pengendalian serta mempunyai anti-roll bar bagi setiap sisi.

Hispano Suiza Carmen Sagrera ini akan segera hadir ke UK untuk penampilan secara eksklusif di Goodwood Festival of Speed kelak.

BACA : HISPANO SUIZA CARMEN BOULOGNE MEMBUAT KEMUNCULAN ISTIMEWA DI GOODWOOD FESTIVAL OF SPEED

BACA : MASALAH KEWANGAN, HISPANO SUIZA ENGINEERING FAIL BANKRAP

Google ads

B K

Back to top button