Artikel Pilihan

GUNA TRAK BOMBA PALSU UNTUK CEROBOH KAWASAN KEBAKARAN LOS ANGELES – KREATIF BETUL

Satu pasangan penjenayah ditahan dalam cubaan untuk masuk ke kawasan larangan akibat kebakaran di Los Angeles baru-baru ini dengan menggunakan trak bomba palsu. Ya trak bomba palsu tuan-tuan. Kreatif betul taktik ni. Bukan senang nak tiru sebuah trak bomba sebenarnya tapi itulah yang dilakukan oleh pasangan ini.

Mereka ditahan oleh Jabatan Sherif Los Angeles semasa cuba memasuki kawasan larangan kebakaran. Namun keduanya berjaya ditahan selepas pihak berkuasa merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan trak bomba tersebut.

Kira taktik ini agak bijak sebab sesetengah kawasan di sana dijadikan kawasan larangan dan hanya penduduk setempat dibenarkan memasukinya. Kenderaan pihak berkuasa seperti trak bomba memang diberi pengecualian.

Namun pihak berkuasa mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan trak bomba yang tertera perkataan “Roaring River Fire”. Semasa disoal pasangan terbabit menyatakan yang mereka adalah anggota bomba dari Jabatan Bomba Roaring River. Masalahnya tidak wujud Jabatan Bomba Roaring River di Oregon. Halah, kantoi la pulak.

Sudah la trak tersebut agak berusia dan namun ia mempunyai kelengkapan bomba, helmet mahu pun radio perhubungan. Boleh tahan jugak untuk sebuah trak bomba tipu.

Selepas disoalsiasat keduanya mengaku pernah memasuki kawasan larangan tersebut sebanyak dua kali. Salah seorang daripada juga mempunyai rekod jenayah melakukan pembakaran sengaja di Oregon. Namun motif sebenar mereka cuba menceroboh tidak dapat dipastikan.

Sebenarnya ini bukan kali pertama pihak bomba berjaya menahan anggota bomba palsu. Kebanyakan yang ditahan cuba menceroboh kawasan larangan itu semata-mata untuk mencuri barangan berharga di rumah mangsa-mangsa kebakaran. Mulia sungguh niat pun.

Google ads
Back to top button