GR SUPRA GENERASI BAHARU BAKAL MUNCUL – TIADA LAGI KAITAN DENGAN BMW
Khabar angin tentang Toyota Supra generasi baharu muncul lagi. Tak ada masalah sebab dalam dunia automotif ia biasanya bukan khabar angin semata-mata. Kali ini Supra dikatakan ada 100 peratus hasil air tangan Toyota. Walaupun ada yang mengatakan ia bakal menjadi EV namun sumber dari Jepun menyatakan ia masih akan menggunakan enjin ICE.
Menurut edisi terkini Best Car, Toyota bakal bekalkan Supra baharu ini dengan enjin berkuasa turbo dengan hibrid. Ia dikatakan bakal dikuasakan enjin 2.0 liter Toyota sendiri dan bukannya enjin 2.4 liter yang digunakan sekarang.
Ia akan kekal sebagai model RWD dan sistem hibrid lebih kepada sokongan kepada enjin. Tidak ada motor elektrik yang akan menggerakkan roda Supra baharu ini. Kemungkinan ia juga akan ditawarkan dengan transmisi automatik dan chasis, enjin dan bahagian badan kesemuanya akan dihasilkan oleh Toyota sendiri. ‘Perkahwinan’ dengan BMW sudah terbatal.
Ia bakal dikatakan memasuki pasaran sekitar 2026 bermakna model prototaip pra-produki bakal didedahkan pada Japan Mobility Show tahun hadapan. Kalau tengok pada sebelum-sebelum ni, model yang ditunjukkan pada JMS akan muncul di Tokyo Auto Salon dengan modifikasi penuh.
Tentu ramai yang tidak sabar menunggu kemunculan Supra A100 bersama-sama dengan MR2 dan Celica baharu. Nampaknya imej Toyota sebagai pengeluar kereta-kereta yang membosankan bakal berakhir. Tengoklan barisan model sport yang sedia ada; GR Yaris, GR Corolla dan GR Supra.