Buletin

GENESIS GV60 MIV CONCEPT – KENDERAAN PENYELAMAT YANG PREMIUM

Pengeluar kenderaan segmen mewah dari Korea Selatan, Genesis telah memperkenalkan model konsep Genesis GV60 Mountain Intervention Vehicle (MIV) yang dipertontonkan bersempena dengan World Economic Forum (WEF) 2025 di Davos, Switzerland yang menyerlahkan inovasi teknologi jenama dan reka bentuk yang luar biasa.

Ini sebenarnya merupakan kali ketiga berturut – turut Genesis mempamerkan kenderaan konsep di Davos setelah memperkenalkan model konsep Genesis X Concept pada tahun 2023 dan Genesis X Show Speedium Concept pada tahun lepas.

Model konsep Genesis GV60 MIV ini direka untuk tugas sokongan menyelamat di medan lasak dan keadaan cuaca yang mencabar terutamanya bersalji, mengutamakan keselamatan penumpang dan juga fungsi misi yang dijalankan.

Mengambil konsep bespoke, ianya diilhamkan daripada kenderaan sokongan unit kecil (SUSV) dan berdasarkan SUV kompak premium Genesis GV60 yang direka untuk prestasi off-road yang luar biasa. Trenkuasa yang senyap mengurangkan pencemaran bunyi serta meminimumkan kesan alam sekitar. Ia juga mempunyai sistem kenderaan ke muatan (V2L) yang boleh membekalkan kuasa kepada peranti tambahan.

Genesis GV60 MIV Concept dilengkapi dengan trek salji, membolehkannya untuk menempuh keadaan gunung yang paling mencabar sekalipun. Ruangan arch roda telah diperbesarkan dengan menggunakan bahan gentian karbon bagi melindungi keselamatan orang ramai dan juga penumpang sambil melindungi kenderaan daripada sebarang kerosakan.

Bahagian dalamnya menampilkan tempat duduk sporty yang telah dinaik taraf, bekalan perubatan dan sistem komunikasi dan amaran kecemasan untuk menyokong operasi menyelamat gunung dalam keadaan suhu yang melampau. Semua aksesori dipilih dengan teliti berdasarkan kualiti dan ketahanannya.

Untuk memaksimumkan Genesis GV60 MIV membawa lebihan, rak bumbung dengan fungsi tugas berat tersuai telah dipasang, manakala ruangan penyimpanan di bahagian belakang kenderaan mempunyai titik lampiran modular untuk membawa dan menyimpan pelbagai peralatan penting.

Menurut Ketua Pegawai Kreatif Genesis Luc Donckerwolke, mereka berbangga kerana berjaya mencipta kenderaan mewah yang selamat dan direka dengan baik dan berani sekali gus menampilkan semangat sebuah jenama Korea.

BACA : GENESIS GV60 DILENGKAPI TEKNOLOGI PENGIMBAS WAJAH

BACA : GENESIS GV60 MAGMA CONCEPT, LANGKAH GENESIS KE DALAM DUNIA PRESTASI TINGGI

Google ads

B K

Back to top button