GAJI RM1.7K, NAFSU NAK BELI HONDA FL1 – TAK MASUK DEK AKAL, BRADER!
Siapa kata impian tak ada harga? Tapi kalau gaji RM1,700 dan nak beli kereta RM150,000 ke atas, mungkin kena semak semula kos realiti.
Ini bukan soal tak boleh bermimpi besar, tapi macam mana nak uruskan dompet!
Seorang penjual kereta import, Wan M Faris, berkongsi kisah lucu (tapi sayu juga) di Facebook. Seorang pelanggan generasi Z yang bergaji RM1,700 sebulan cuba nak beli Honda FL1 yang bernilai RM163,000 – siap minta diskaun RM63,000!
Wan M Faris dengan penuh diplomasi menjelaskan, “Tak dapat, (harga) daripada RM163,000 terus junam jadi RM100,000, maaf. Bukan tolak rezeki, memang tak masuk akal FL1 harga itu.”
Bukan main kecewa pelanggan tersebut bila permintaannya ‘direject’. Siap tuduh Wan M Faris tolak rezeki sebab tak nak jual walaupun dia dah ada duit muka RM6,000.
Menurut Faris, sikap sebegini memang biasa dalam kalangan generasi Z yang sanggup meninggalkan komen “pedas berapi” di ruangan iklan jika tak dapat harga impian.
“Selagi tak dapat harga dia nak, selagi itulah dia ajak kawan-kawan komen benda merepek. Kadang-kadang kita abaikan benda itu bersebab, bukan sebab sombong tapi nak elak sakit kepala,” luahnya lagi.
Faris juga sempat menasihati generasi muda ini: “Jangan ajar diri terlalu manja. Nak capai sesuatu, kena berusaha lebih – dan, uruskan duit dengan bijak!” – Sinar Harian