Buletin

FORD POLICE INTERCEPTOR UTILITY 2025 – MASIH KEKAL GUNA HIBRID SUPAYA LEBIH JIMAT MINYAK

Ford dan Kereta Polis sememangnya tidak dapat dipisahkan. Sememangnya dikenali dengan model Interceptor beberapa tahun yang lalu, kini Ford memperkenalkan Ford Police Interceptor Utility 2025. Dan yang menariknya walau pun untuk model standard Ford Explorer tidak lagi menggunakan trenkuasa membabitkan hibrid, namun untuk Kereta Polis baharu ini, ianya masih lagi bergantung kepada trenkuasa hibrid, supaya misi penjimatan bahan bakar sentiasa menjadi keutamaan.

Jadinya, Ford Police Interceptor Utility ini masih lagi mengekalkan trenkuasa 3.3 liter V6 Hibrid walau pun trenkuasa ini telah dinyahsenaraikan daripada produksi Ford Explorer semenjak dari tahun 2023 lagi. Enjin V6 Hibrid ini mampu menghasilkan kuasa sekitar 285 HP dan juga tambahan motor elektrik 44 HP menjadikan keseluruhan kuasa 318 HP. Sungguh pun demikian, masih terdapat pilihan enjin 3.0 liter Ecoboost untuk digunakan.

Sistem hibrid ini mampu mengambil tugas daripada enjin tersebut ketika pegawai yang memandu santai sambil berpusing – pusing di kawasan perumahan atau pun melepak di tepi jalan ketika menjalankan tugasan perangkap laju.

Menurut Ford, ianya mampu menjimatkan bahan api sehingga 838 gelen setahun. Kira jimat jugalah kan. Itu baru setahun, kalau sampai lima tahun, entah berapa pula penjimatan yang diperolehi oleh Jabatan Polis di sana.

Sebagai sebuah Kereta Polis, ciri keselamatan yang utuh sudah menjadi keutamaan, Ford Police Interceptor Utility telah diuji untuk mampu menerima rempuhan sehingga kelajuan 120 km/j pada bahagian belakang untuk melindungi sistem bahan bakar dan juga pek bateri. Malah ianya juga dilengkapi dengan SPACE (Side Protection And Cabin Enhancement) untuk memberikan memberikan struktur casis yang lebih jitu sekali gus memberikan perlindungan tambahan buat pegawai yang sedang bertugas.

Ford Police Interceptor Utility baharu ini kini dilengkapi dengan sistem Police Perimeter Alert menggunakan BLIS (Blind Spot Information System) sebagai pemantau 270 darjah di luar kenderaan yang akan menganalisa sebarang objek bergerak menghampiri untuk memberikan isyarat segera. Sebarang tingkah laku mencurigakan ianya akan membunyikan penggera di dalam, mengaktifkan kamera belakang, menaikkan tingkap dan juga mengunci pintu secara automatik.

Sekiranya dalam operasi undercover, Ford Police Interceptor Utility ini mempunyai Dark Car Mode yang membolehkan kesemua lampu dalaman dipadamkan dengan mudah serta mengurangkan cahaya pada konsol pemandu untuk membolehkan penjahat tidak sedar akan kedatangan pasukan penyelamat ini.

BACA : SEJARAH KERETA POLIS AMERIKA SYARIKAT

BACA : SEBAHAGIAN PEKERJA FORD MAHU BERHENTI KELUARKAN KENDERAAN POLIS

Google ads

B K

Back to top button