DUCATI MALAYSIA PERKENAL WARANTI KILANG 3 TAHUN
Dalam usaha mempertingkatkan kepercayaan pelanggan di samping mengukuhkan jenama di Malaysia, Ducati Malaysia dengan rasminya memperkenalkan Waranti Kilang Ever Red yang merangkui waranti 3 tahun yang komprehensif.
Inisiatif terbaru ini akan berkuat kuasa dengan semua pembelian motosikal Ducati bermula 1 Mac 2024.
Menurut Ducati Malaysia dalam satu kenyataan, waranti kilang ini dibangunkan khas untuk pemilik motosikal Ducati Malaysia.
Menariknya, waranti 3 tahun ini menawarkan perbatuan tanpa dalam tempoh tiga tahun had sekaligus membolehkan pemilik menikmati pengalaman menunggang tanpa sempadan tanpa sebarang kerisauan.
Waranit kilang Ever Red ini merangkumi kesemua model Ducati termasuk Scrambler Ducati keluaran 2024 dari Panigale V4 S hingga ke barisan Scrambler generasi terbaru. Waranti kilang ini juga boleh dipindah milik dalam tempoh tiga tahun tersebut.