Buletin

DUA MODEL FLAGSHIP TUJUH TEMPAT DUDUK VOLVO, EV EX90 DAN XC90 FACELIFT BAKAL HADIR DI MALAYSIA

Volvo Car Malaysia bakal memperkenalkan dua model SUV tujuh tempat duduk untuk pasaran tempatan.

Volvo EX90, model elektrik sepenuhnya, telah disahkan akan tiba di Malaysia bersama Volvo XC90 versi facelift yang diumumkan tahun lalu.

Volvo EX90: SUV Elektrik Paling Canggih Volvo

Diperkenalkan pada 2022, Volvo EX90 direka untuk menjadi kenderaan Volvo paling selamat yang pernah dihasilkan.

Dilengkapi dengan teknologi keselamatan aktif di dalam dan luar kenderaan, EX90 bukan sahaja bertujuan untuk mengurangkan risiko kemalangan, malah untuk mengelakkannya sama sekali.

Sebagai SUV flagship Volvo, EX90 mencatat beberapa pencapaian penting, termasuk menjadi model pertama Volvo yang menggunakan teknologi lidar, dilengkapi dengan sistem pengkomputeran teras Superset Volvo Cars, serta dibangunkan dengan perkakasan pemanduan autonomi sepenuhnya.

Penghantaran global Volvo EX90 bermula pada akhir 2024, dengan Malaysia menjadi antara pasaran pertama di rantau Asia Pasifik yang menerima model ini selepas Thailand.

Volvo XC90: Ikon Moden dengan Teknologi Hibrid Plug-in

Sementara itu, Volvo XC90 baharu ditala semula untuk era elektrifikasi. Sebagai model hibrid plug-in pertama yang dipasang secara tempatan di Malaysia sejak 2016, XC90 telah menjadi ikon moden –  menawarkan gabungan teknologi elektrik serta kecekapan bahan api.

Dengan reputasi sebagai kenderaan elektrik, XC90 terus menjadi pilihan bagi mereka yang menginginkan pengalaman pemanduan selamat dan praktikal.

Kedua-dua model flagship ini menawarkan jarak perjalanan dan kepraktisan luar biasa untuk keluarga yang mengutamakan keselamatan, tidak kira sejauh mana perancangan elektrifikasi mereka.

Volvo EX90 kini berada di kedudukan teratas dalam barisan kenderaan elektrik Volvo, bersama Volvo EX30, Volvo XC40 Recharge Pure Electric, dan Volvo EC40 (sebelum ini dikenali sebagai Volvo C40 Recharge Pure Electric).

Bagi mereka yang berminat, pendaftaran minat boleh dilakukan di laman web rasmi Volvo di https://www.volvocars.com/my/cars/ex90-electric.

Google ads
"
"
Back to top button