Buletin

DENZA Z9 GT DILANCARKAN DI CHINA – 952HP, JARAK GERAK 630KM, HARGA BERMULA RM221K

Denza Z9 GT, sebuah wagon elektrik baharu oleh BYD, telah dilancarkan di China dengan harga bermula dari RM221,825 hingga RM274,596.

Denza Z9 GT menawarkan pilihan enjin hibrid plug-in (PHEV) dan elektrik penuh (BEV) dan dijangka memasuki pasaran Eropah tidak lama lagi.

Denza Z9 GT direka oleh Wolfgang Egger, bekas pereka Audi, dengan gaya yang menyerupai Porsche Panamera.

Dari segi dimensi, ia mempunyai ukuran 5,180/1,990/1,480mm untuk model elektrik, sementara varian PHEV sedikit lebih panjang dengan 5,195mm.

Wagon ini hadir dengan pelbagai warna seperti:

  • Silver
  • White
  • Gray
  • Black

Di bahagian dalam, ia dilengkapi dengan lima tempat duduk, paparan skrin terapung di konsol tengah, kluster instrumen LCD, serta dua peti sejuk kecil di bahagian depan dan belakang.

Denza Z9 GT PHEV menggunakan sistem DM generasi kelima yang menggabungkan enjin turbo 2.0 liter dengan tiga motor elektrik, menjana kuasa gabungan 858hp.

Ia mampu mencapai kelajuan 0-100 km/j dalam masa 3.6 saat, dengan jarak gerak gabungan sekitar 1,100km.

Sementara, versi BEV pula dilengkapi tiga motor elektrik dengan kuasa 952hp dan boleh memecut dari 0-100 km/j dalam masa 3.4 saat, dengan jarak gerak sehingga 630km.

Beralih pada harga, Denza Z9 GT boleh dimiliki pada harga seperti berikut:

  • Denza Z9 GT PHEV Pro:  RM221,825
  • Denza Z9 GT PHEV Max: RM241,439 
  • Denza Z9 GT PHEV Ultra: RM274,596
  • Denza Z9 GT PHEV Max LFE: RM241,439
  • Denza Z9 GT PHEV Ultra LFE: RM274,596
  • Denza Z9 GT EV (Pro): RM234,901
  • Denza Z9 GT EV (Max): RM254,748
Google ads
Back to top button