CHERY BAKAL LANCAR OMODA 5 1.6L TGDI UNTUK PASARAN MALAYSIA TAHUN DEPAN?
Selepas melancarkan Omoda 5 dan Tiggo 8 Pro, Chery dikhabarkan bakal membawa masuk Omoda 5 1.6L TGDI pada tahun hadapan.
Nadi berkenaan berupaya menghasilkan kuasa maksimum 197hp dengan padanan suspensi belakang Multilink.
Untuk rekod, Omoda 5 pemanduan sebelah kanan di pasaran Afrika Selatan, Australia serta Asia Tenggara hanya dibekalkan enjin 1.5L MPI Turbo dan dipadankan bersama transmisi CVT.
Enjin tersebut menghamburkan kuasa maksimum 156hp dan 230Nm tork. Di China, Chery menawarkan versi mewah, di mana ia menerima enjin 1.6L TGDI Chery, menjana 197hp, manakala tork pula 290Nm.
Selain itu, model semasa menggunakan Torsion Beam pada suspensi belakang tetapi untuk versi 1.6 TGDI pula, ia didatangkan bersama suspensi belakang Multilink.
Selain meningkatkan keselesaan, prestasi pengendalian juga akan bertambah baik berbanding model Omoda 5 1.5T. Maka, kehadiran versi 1.6T diharap mampu menawarkan prestasi lebih baik apabila masuk ke dalam pasaran negara kita.
Menurut laporan, Omoda 5 1.6L TGDI bakal dilancarkan di pasaran tempatan pada 2024 dan pastinya kita mengharapkan ia tiba dalam harga yang kompetitif. – Automachi
- BACA: CHERY OMODA 5 DAN TIGGO 8 PRO RASMI DILANCARKAN UNTUK PASARAN MALAYSIA- HARGA BERMULA RM108K
- BACA: CHERY DEDAH SPESIFIKASI OMODA 5 DAN TIGGO 8 PRO, DILANCARKAN JULAI INI
- BACA: CHERY TIGGO 9 TAMPIL MEWAH, BAKAL DILANCARKAN DI CHINA PADA MEI. BERMULA RM111K
- BACA: CHERY CATAT JUALAN LEBIH 100K UNIT PADA JANUARI 2023. NAIK 16.5% BERBANDING 2022