Artikel Pilihan

BUGATTI HASILKAN TEMPAT MINUMAN KHAS UNTUK SEORANG PELANGGAN – PUNYA LA MAHAL TAPI…

Bugatti Chiron memang sebuah hypercar yang laju tapi malangnya ia tidak mempunyai tempat letak minuman.  Jadi satu masalah pula bagi seorang pemilik wanita yang telah tertumpah minuman yang dibawa dalam Chiron tu. Ingat perempuan tak pernah salah lebih-lebih bila wanita tersebut ialah seorang pelanggan VIP Bugatti.

Pereka Bugatti berjaya menyelesaikan masalah tersebut dengan mereka tempat letak minuman pertama untuk Bugatti. Haih, kita beli Axia bajet pun bersepah tempat minuman. Setakat lima botol air mineral tu pejam mata je.

Namun sebagai pengeluar seperti Bugatti ia bukannya satu masalah dan mempunyai penyelesaian mereka sendiri. Kini rekaan tempat minuman tersebut sudah siap dan sedia dipasang secara Retrofit untuk semua model Chiron yang sudah terjual.

Pereka Bugatti menunjukkan prototaip tempat letak minuman tersebut di Instagram dan menunjukkan bagaimana ia dipasang pada panel pintu dengan mudah. Ia mampu memuatkan dua botol minuman bersaiz kecil ataupun tin minuman saiz Red Bull. Ia juga mempunyai kemasan yang sama dengan panel pintu siap dengan nama pemiliknya sekali.

Wah, ini dah kira cabang perniagaan baharu untuk Bugatti. Khas untuk hartawan yang mahukan kereta yang paling laju di dunia dan tempat khas untuk air minuman mereka. Kayo… Kayo.

Google ads
Back to top button