Buletin

BMW SIAP SEDIA LANCARKAN KERETA ELEKTRIK SPORT iM2

Berdasarkan sumber yang dipercayai, BMW diberitakan sedang bekerja keras bagi menghasilkan sebuah kereta sport elektrik sempena ulang tahun mereka yang ke 50. Khabar angin juga menyebut bahawa model ini akan digelar BMW iM2 dengan trenkuasa sebesar 1000kW. Dalam enjin pembakaran dalam, nilai ini bersamaan 1300 kuasa kuda

Model ini dikatakan akan dibangunkan dengan menggunakan platform M2 CS, namun masih menunggu kelulusan pegawai atasan BMW. Sekiranya diluluskan, iM2 akan menggunakan 4 motor elektrik dan boleh memecut 0-100km/j dalam masa 2.5 saat sahaja

Sumber rapat dengan projek tersebut telah membocorkan maklumat pada Car Magazine yang iM2 boleh melakukan wheelspin pada halaju 120km/j ketika jalan kering, dan berdasarkan pengiraan mereka model ini berupaya mencatatkan masa di litar Nurburgring dalam masa 6 minit 50 saat

Pakar automotif memberi bayangan sekiranya model ini dipasarkan, besar kemungkinan ia tidak memiliki kusyen barisan kedua, penggunaan panel karbon bagi mengurangkan berat dan juga beberapa komponen aloi yang lain.

Pada hemat kami, kemungkinan iM2 yang dibangunkan ini adalah model ujian (testing platform) bagi trenkuasa terbaru BMW. Ini kerana satu lagi model lain iaitu BMW iM4 sedang dibangunkan dengan menggunakan bateri 120kWh serta berupaya menjana 450kW. Nampak lebih realistik kan

Google ads
Back to top button