Buletin

BMW 507 – MUNGKIN INI MODEL ROADSTER YANG GAGAL TETAPI LEGASINYA MASIH LAGI WUJUD

Model roadster/ cabriolet yang dipaparkan pastinya ramai yang tidak mengenali. Ini adalah BMW 507, sebuah model roadster / cabriolet dua pintu yang diproduksi oleh BMW dari tahun 1956 sehingga ke tahun 1959 sahaja.

Sedikit sejarah untuk disingkap, model ini asalnya diilhamkan oleh pengimport kereta Amerika Max Hoffman pada tahun 1954, memujuk pengurusan BMW untuk menghasilkan versi roadster bagi model salon BMW 501 dan BMW 502 untuk mengisi jurang antara Mercedes-Benz 300SL yang mahal dan Triumph dan juga kereta sport MG yang murah tetapi kurang berkuasa. Sudah semestinya BMW 507 ini dikhususkan disasarkan untuk memasuki pasaran Amerika Syarikat di kala itu.

Max Hoffman telah berjaya menyakinkan kepada pengurusan BMW ketika itu untuk memilih Count Albrecht von Goertz sebagai pereka untuk model BMW 507 ini sebagai pereka berbanding Ernst Loof yang merupakan Pereka semasa untuk BMW ketika itu yang mana Max Hoffman merasakan lakaran Ernst Loof tidak cukup komersial.

Dilihat pada penampilan luaran BMW 507 ini ternyata ianya mempunyai rekaan sporty yang memang tidak dapat dinafikan. Takrifan untuk BMW 507 ini adalah sebuah roadster yang cantik dan masih lagi kekal cantik menarik sehingga ke hari ini. Dan sememangnya itulah tujuan asal pembuatan model BMW 507 ini.

Akhirnya Count Albrecht von Goertz telah ditugaskan oleh BMW pada November untuk mula bekerja bersama Jurutera BMW Fritz Friedler untuk mereka bentuk pakej mekanikal, menggunakan komponen sedia ada sebanyak mungkin.

BMW 507 membuat penampilan sulungnya di Frankfurt Auto Show pada September 1955. Pengeluaran bermula pada November 1956. Max Hoffman berhasrat menjual BMW 507 pada harga kira-kira $5,000 duit Amerika Syarikat kala itu, yang mana beliau percaya akan membolehkan pengeluaran sebanyak 5,000 unit setahun. Sebaliknya, kos pengeluaran yang tinggi mendorong kos di Jerman dijual pada harga DM 26,500, sekali gus membuatkan harga pasaran di Amerikat Syarikat dijangka meningkat kepada $9,000 namun harga permulaannya terus meningkat kepada $10,500.

Akan tetapi, penghasilan BMW 507 ini rupanya membawa BMW ke arah yang menjahanamkan akaun lejar mereka. BMW mengalami kerugian yang teruk dan hampir bangkrap. Dianggarkan kerugian BMW pada tahun 1959 sekitar DM 15 juta.

BMW kehilangan setiap wang pada setiap model BMW 507 yang dibina dan akhirnya model tersebut ditamatkan produksi pada awal tahun 1959. Hanya 252 unit berserta dua model prototaip yang sempat dibina. Mujur selepas itu penghasilan model seperti BMW 700, Isetta dan juga BMW 1500 berjaya memulihkan semula kedudukan kewangan BMW secara keseluruhan.

Walau pun hayat mode 507 ini telah lama berkubur namun inspirasi model ini boleh dilihat pada model roadster terkini mereka seperti BMW Z8 dan juga BMW Z3

BACA : BMW Z1 – INILAH ATUK KEPADA LAGENDA SIRI Z MILIK BMW

BACA : BMW 530 MLE – INILAH DIA LAGENDA SEBENAR 5 SERIES

Google ads

B K

Back to top button