Buletin

Bjak.my BANTU PEMBELI INSURANS KENDERAAN JIMAT SEHINGGA RM90 JUTA

Bjak.my baru-baru ini mengumumkan bahawa ia telah membantu pemilik kenderaan di Malaysia penjimatan lebih RM90 juta menerusi perkhidmatan perbandingan harga insurans yang dikendalikannya.

Sehingga kini, lebih tiga juta pengguna sudah mendaftar di Bjak.my dan jimat sebanyak RM50 hingga RM450 ketika memperbaharui insurans kereta mereka.

Ditubuhkan pada tahun 2019, Bjak.my berjaya menarik minat jutaan pemilik kenderaan persendirian untuk menggunakan khidmat membanding dan membeli insurans kereta dan motosikal secara dalam talian. Ini sekali gus menjadikannya platform insurans paling besar di Malaysia.

Platform itu membolehkan pengguna untuk membuat perbandingan sehingga lebih 10 penyedia insurans dan takaful dalam masa kurang 5 minit. Antara syarikat insurans yang ada di laman web Bjak.my ialah Takaful Malaysia, Pacific & Orient, Liberty, Tokio Marine, Zurich Takaful, MSIG dan banyak lagi.

Pengguna boleh mendapat penjimatan kerana premium insurans kereta berbeza sehingga 40 peratus. Ia berikutan liberalisasi tarif motor yang diumumkan oleh Bank Negara sejak tahun 2017.

Dengan perbandingan pantas di atas talian, pelanggan boleh memilih daripada 10 pakej insurans dalam tempoh singkat di mana-mana sahaja.

“Kami menerima ratusan ucapan terima kasih serta mesej positif di Facebook dan media sosial lain setiap hari. Pelanggan mendapati kami dapat membantu mereka menjimatkan masa dan wang,” kata Ketua Operasi Kanan Bjak, Fatin Izzati.

Perkhidmatan ini bukan sahaja menawarkan penjimatan, malah membantu usaha kerajaan dalam memastikan penjarakan fizikal di semua cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dipatuhi.

Google ads
Back to top button