Buletin

BHPETROL RAI TAHUN BARU CINA BERSAMA PELANGGAN DI STESEN BHPETROL PLUS NILAI LAYBY SOUTHBOUND

Sempena perayaan Tahun Baru Cina, BHPetrol memulakan tahun baru dengan mengadakan majlis sambutan bersama pelanggan-pelanggan, rakan perniagaan dan rakan sekerja.

Majlis berkenaan diadakan di stesen BHPetrol PLUS Nilai Layby Southbound yang terletak di R&R Nilai (Arah Selatan) Negeri Sembilan.

Stesen ini menawarkan pelbagai jenis bahan api termasuk petrol Infiniti 95 dan 97, serta diesel B10 dan B7.

Selain itu, kemudahan seperti kedai serbaneka BHPetromart, ruang solat, tandas yang luas, dan kafe Zus Coffee turut disediakan untuk keselesaan pengguna lebuh raya.

Semasa majlis perasmian, Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol, Ir. Azizul Azily Ahmad, menyatakan komitmen syarikat dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggan.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Jazmine Shafawi, serta beberapa pegawai kanan dari JPJ dan PLUS Malaysia Berhad.

Dalam majlis tersebut, JPJ turut memberikan pelbagai tips keselamatan jalan raya, terutama kepada pemandu yang akan memandu perjalanan yang jauh. 

BHPetrol, yang ditubuhkan pada 14 Februari 2006, kini mengendalikan 402 stesen minyak di seluruh negara, dengan lebih daripada 300 daripadanya dilengkapi kedai serbaneka BHPetromart.

Dengan pembukaan stesen baharu ini, BHPetrol berharap dapat meningkatkan lagi pengalaman pengguna lebuh raya dengan menyediakan kemudahan lebih baik dan perkhidmatan yang cemerlang.

Google ads
Back to top button