Buletin

BENTLEY STATE LIMOUSINE – KENDERAAN YANG PERNAH DIGUNAKAN OLEH MENDIANG RATU ELIZABETH II

Ini bukan sembarangan model Bentley. Ini adalah model Bentley State Limousine yang pernah digunakan oleh Mendiang Ratu Elizabeth II ketika ianya dihadiahkan oleh Bentley Motors Limited bersempena dengan Jubli Emas pemerintahannya pada tahun 2002.

Apa yang menariknya tentang model yang cukup istimewa ini, ianya hanya dibina sebanyak dua buah unit sahaja khusus untuk kegunaan Ratu ketika hayatnya sehinggalah pada tahun 2022. Kali terakhir ianya digunakan adalah ketika Raja Charles III menaikinya bagi mengiringi jenazah Ratu Elizabeth ke persemadian. Kini kedua model Bentley State Limousine ini disimpan di Royal Mews yang merupakan tempat penyimpanan koleksi milik Keluarga Diraja British

Bentley State Limousine ini dibina berdasarkan model Bentley Arnage yang berada dalam pasaran ketika tahun 1998 sehingga ke tahun 2010.

Sungguh pun demikian, Bentley State Limousine ini tidaklah mempunyai dimensi yang serupa. Ianya kini mempunyai jarak 83.0 cm lebih panjang, 25.5 cm lebih tinggi, dan  6.8 cm lebih lebar berbanding model standard Arnage keluaran kilang. Pintu suicide door Bentley State Limousine ini juga mempunyai keupayaan untuk dibuka sehingga 90 darjah bagi membolehkan urusan keluar masuk kereta Ratu Elizabeth II menjadi lebih mudah.

Sebagai sebuah kenderaan rasmi apatah lagi untuk kegunaan Diraja, sudah tentu kereta mempunyai sebab untuk diperbesarkan dari segi dimensinya. Bentley State Limousine ini dilengkapi dengan ciri keselamatan tambahan seperti perlindungan perisai pada pintu, lantai kereta yang diperkuatkan, kaca kalis bazooka dan juga ruang kabin yang kalis serangan gas. Sudah tentu dengan segala ciri keselamatan tambahan ini membuatkan berat kereta ini kini bertambah kepada hampir 4,000 kilogram dan ianya juga kini menggunakan tayar kalis pancit.

Trenkuasa Bentley State Limousine ini menggunakan enjin turbo berkembar 6.75 liter V8 yang telah ditingkat taraf daripada enjin milik model Arnage R bagi membolehkan ianya menghasilkan kuasa 400 HP dan 835 Nm dengan kuasa pecut maksimum 209 km/j.

Dibina oleh Mulliner yang cukup terkenal dengan pembuatan istimewa untuk Bentley, dengan hanya dua unit sahaja yang ada menjadikan ianya sebagai model yang paling rare selepas Rolls-Royce Phantom IV yang hanya mempunyai 18 unit sahaja.

BACA : MERCEDES-BENZ 600 PULLMAN – LAGENDA SEBUAH LIMO

BACA : ALKISAH MAYBACH – JENAMA ULTRA MEWAH YANG PATUT KITA KETAHUI

Google ads

B K

Back to top button