
ASTON MARTIN VALKYRIE MEMBUAT DEBUT DI WORLD ENDURANCE CHAMPIONSHIP (WEC) DI QATAR
Model hypercar baharu, Aston Martin Valkyrie berjaya melepasi garisan penamat sewaktu penampilan sulung globalnya pada pusingan pembukaan FIA World Endurance Championship (WEC) 2025, di Litar Antarabangsa Lusail, Qatar sejauh 1812 km menandakan langkah pertama yang mantap dalam usaha bersejarahnya ke puncak kegemilangan dalam perlumbaan kelak.
Pasukan Aston Martin THOR yang dibarisi oleh gabungan pemandu Marco Sørensen dari Denmark yang juga merupakan pemenang tiga kejuaraan FIA WEC, Alex Riberas dari Sepanyol yang merupakan pemenang LM GT3 dan IMSA GTD Pro, dan juga Roman De Angelis dari Canada selaku bekas juara IMSA GTD telah berjaya menamatkan 295 pusingan dan menduduki tempat ke 17 keseluruhan.

Debut sulung model Aston Martin Valkyrie ini telah memberikan pengalaman dan juga data yang cukup berharga untuk mengharungi tempoh perlumbaan selama 10 jam yang cukup mencabar.
Walau pun tidak berupaya menamatkan perlumbaan di tempat teratas model hypercar keluaran British itu masih berjaya mendapatkan rentak kelajuan yang diperlukan untuk jentera #009 dan #007 sekali gus memberikan petunjuk kukuh tentang potensi masa depannya dalam pertandingan ketahanan paling berprestij di dunia.

Menurut Head of Endurance, Adam Carter menjelaskan bahawa minggu perlumbaan tersebut akan menjadi sesi pembelajaran untuk model Valkyrie dan telah menemui beberapa isu kecil namun beliau percaya jentera ini mampu berdaya saing di masa akan datang setelah selesai tempoh matang.
Dua jentera Aston Martin Valkyrie ini ternyata berjaya mengikuti rentak kelajuan yang dimiliki seperti pesaing dalam kelasnya tanpa masalah. Jentera #009 yang dipandu oleh gandingan handalan itu walau bagaimana pun terpaksa masuk ke pit untuk menggantikan komponen pintu yang hilang semasa perlumbaan.

Manakala jentera #007 yang membariskan gandingan trio British Tom Gamble, Ross Gunn dan Harry Tincknell akhirnya terpaksa menarik diri daripada perlumbaan dengan masalah transmisi.
Le Mans Hypercar’ (LMH) pertama yang dikeluarkan oleh Aston Martin, Valkyrie merupakan satu-satunya kereta dalam kategori utama WEC yang diperoleh daripada hypercar yang sah di jalan raya
Aston Martin Valkyrie ini terus beraksi di IMSA WeatherTech SportsCar Championship dalam tempoh dua minggu di Amerika Utara.
BACA : INILAH DIA ASTON MARTIN VALKYRIE MILIK FERNANDO ALONSO
BACA : SAFETY CAR F1 ASTON MARTIN VANTAGE BAHARU – PENUH DENGAN SKRIN DAN BUTANG WOO