20 UNIT HONDA CIVIC TYPE R BAHARU DICURI DARI PELABUHAN AUSTRALIA – INI MESTI KERJA MEMPHIS RAINE
Sekumpulan pencuri melarikan 45 buah kereta dari pelabuhan Melbourne, Australia minggu lepas termasuk 20 unit Honda Civic Type R FL5. Kerugian dianggarkan mencecah USD1.3juta (RM5.7juta).
Kecurian berlaku antara jam 3 petang 20 Oktober lalu sehinggalah 6.30 pagi keesokan harinya. Menurut polis Victoria, kecurian dilakukan oleh dua pasangan lelaki dan wanita. Mereka memecah masuk kawasan simpanan tersebut, melepasi kawalan keselamatan dan berjaya melarikan 45 unit kenderaan. Pergh, 4 orang boleh bawak lari 45 buah kereta? Jaga tu tidur mati ke?
Selain 20 unit Type R, turut dilarikan pencuri ialah tiga unit Skoda Kamiq, lima Skoda Kadiaq, sebuah Golf R, tiga VW Tiguan, tiga Skoda Superb, dua Honda ZR-V, dua GMW Tank 300, sebuah Honda Accord, dua Honda CR-V dan dua Mercedes-Benz Sprinter. Mesti diorang dah buat senarai siap-siap macam dalam filem Gone in Sixty Seconds. Borong sakan ni.
Sehingga 23 Oktober, polis berjaya merampas kembali 21 unit kenderaan cuma tidak dapat dipastikan model yang mana.
Seorang wanita berusia 32 tahun berjaya ditahan sewaktu memandu salah sebuah kereta curi dan dikenakan pertuduhan memiliki nombor pendaftaran palsu, tiada lesen memandu dan memiliki dadah.
Tidak dapat dipastikan sama ada pencuri-pencuri tersebut memiliki kunci kereta-kereta tersebut atau mereka mempunyai peralatan canggih untuk menghidupkan enjin seblum melarikannya.